 | 2 Gadis Remaja Mencari Kerja Di Hukum RM46,000? Tiada siapa yang boleh melawan undang2. Kerana undang2 adalah satu tanda mercu kemartabatannya sesuatu bangsa dalam sesebuah negara, dimana semua orang harus menghormati dan mematuhi kewujudan dan ketamadunnannya. Tetapi janganlah pula undang2 menghukum seseorang yang tidak bersalah lalu meringkuk di penjara! Apa cerita...? Pada 18 Disember 2012, bersamaan dengan hari Selasa, kira-kira jam 10:00 malam, 2 orang ibu bersama 8 orang ahli keluarga mereka telah datang berjumpa dengan saya dirumah meminta nasihat dan memohon pertolongan kerana anak gadis mereka yang masing2 bernama... (1) Nadia Bte Abd Latif (K/P No: 820201-12-5326) dan (2) Evelyn Udin (K/P No: 850312-125904) telah ditangkap polis lalu Mahkamah menghukum setiap mereka dikenakan denda sebanyak RM46,000 seorang atau 20 bulan penjara jika gagal membayarnya. Apapun, kedua-dua anak gadis mereka ini sudah dijatuhkan hukuman dan telah pun dibawa ke Penjara di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kepayan, Kota Kinabalu pada 12.12.2012 untuk menjalankan hukuman. Menurut cerita 2 orang ibu ini, pada 27.07.2012, jumaat, (semasa bulan puasa) 2 gadis remaja mereka ini sedang mencari kerja di Pekan Kota Marudu dan telah diperkenalkan oleh seorang kawan (lelaki) yang mereka jumpa di Bas Stop, memberitahu kononnya ada kerja kosong di Kedai Cyber di Taman WTK Phase 2, Kota Marudu dan mereka pun pergi ke sana lalu dengan spontan sahaja mereka diterima bekerja dengan gaji RM800.00 sebulan. Baru 2 jam sahaja mereka berkerja, lebih kurang jam 3:45 petang polis pun tiba2 datang menyerbu di Pusat Cyber tempat mereka berkerja dan 2 orang gadis ini telah ditangkap kemudian direman untuk siasatan selama 5 hari dalam lokap IPD Kota Marudu. Selepas itu, mereka pun dibebaskan atas jaminan polis. Mereka (Nadia dan Evelyn) telah dipanggil polis sebanyak 4 kali iaitu: (1) pada 03.09.2012, (2) pada 10.10.2012, (3) pada 16.11.2012 dan (4) pada 10.12.2012 mereka telahpun dijatuhkan hukuman... Pada 12.12.2012, gadis remaja ini telah dibawa ke Kepayan, Kota Kinabalu untuk menjalankan hukuman mereka disana. Oleh kerana mereka tidak dapat membayar denda sebanyak RM46,000 ini, maka mereka terpaksa dipenjara selama 20 bulan. Bayangkan, kalaulah anda sebagai Ibu kepada 2 orang gadis remaja ini. Dari mana nak cari wang sebanyak itu. Mereka adalah orang yang tidak berkemampuan, mereka adalah orang miskin. Sebab itulah anak2 gadis remaja mereka pergi mencari kerja dengan niat nak membantu ibu mereka kerana hidup mereka sangat susah. Malangnya mereka ditanggkap dan terpaksa pula membayar denda. Dalam hal ini siapakah yang harus bertanggungjawab??? Setelah mendengar keluhan 2 orang Ibu ini, sejurus itu pada 19.12.2012, (hari Rabu), saya terus menghubungi 'Khidmat Guaman' kami di White House, Kota Kinabalu dan langsung meminta bantuan agar anak gadis kepada 2 orang Ibu yang malang ini dapat diberi pembelaan untuk memohon rayuan semula di Mahkamah dan selanjutnya diberi pertimbangkan atau dilepaskan dari pertuduhan keatas mereka yang tidak munsabah. Berikutan itu, pada 20.12.2012, (hari Khamis) saya telah berjumpa dengan Insp Mohd Zulkairi Mohd Yacob di pejabatnya di IPD Kota Marudu untuk meminta penjelasan darinya mengenai dengan 2 orang gadis yang ditangkap oleh polis . Apapun, setelah diberi penjelasan saya berpuas hati dan mengucapkan syabas kepada PDRM Kota Marudu kerana telah menjalankan tugas mereka dengan efisien. Rampasan mesin perjudian siber di Taman WTK Phase 2, Kota Marudu... 3 saspek (1 lelaki & 2 perempuan) dijatuhi hukuman denda RM46,000 seorang, gagal bayar penjara 20 bulan (denda tidak di bayar) adalah berkaitan. Sebagai panduan, kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari pekerjaan diluar sana perlu diingat agar jangan mudah terpedaya dengan pemberian gaji yang lumayan. Sebelum menerima sebarang pekerjaan, tanya dahulu apakah perniagaan tersebut mempunyai lesen atau tidak. Apapun jangan salah tafsirkan kenyataan cerita diatas kerana ia berunsurkan atas dasar kebenaran dan dalam keadaan ini siapakah yang harus bertanggungjawab? Adakah undang-undang? Atau Pemilik Kedai/Pemilik Perniagaan? Atau masyarakat? Ataupun Wakil Rakyat? Kesimpulannya... 1. PDRM sekadar menjalankan tugas mereka bersesuaian dengan slogan "Tegas, Adill dan Berhemah" 2. Setelah tertuduh dibawa ke Mahkamah, PDRM tidak menghukum. Tetapi siapakah yang layak menghukum? 3. Apakah Wakil Rakyat tidak terlibat sama dalam soal aktiviti kemasyarakatan di Kawasan persekitarannya? Sama-samalah kita cetuskan idea disini. Apapun jangan sesekali menuduh seseorang tanpa mempunyai fakta yang kukuh... Gambar Bawah Sebelah Kiri Ialah: PUAN JAMINAH MARASUL, 68 tahun, (K/P No: 441111-12-5126) ibu kepada EVELYN UDIN, 27 tahun, seorang penjual sayur di Tamu Pekan Goshen, Kota Marudu. Sementara, Gambar Sebelah Kanan Ialah: PUAN JUPIAH JURING, 50 tahun, (K/P No: 620910-12-6268) ibu kepada NADIA BTE ABD LATIF, 30 tahun, bekerja sebagai seorang pembantu di Restoran Pekan Goshen, Kota Marudu. |
沒有留言:
張貼留言