In Remembrance And Justice For Adik Norikoh!
Terima kasih kepada seluruh rakyat Kota Marudu yang sempat mengambil bahagian dalam memperingati pemergian mendiang adik Norikoh yang genap 14 hari pada hari ini, bersamaan 9 Disember 2012. Semoga roh mendiang tenteram dan dicucuri rahmat. Amin...
Gambar (1) Polis memaklumkan kepada saya bahawa kami tidak dibenarkan untuk menjalankan misi kami atas sebab ketiadaan permit dari polis sebelum ini. Setelah berbincang dengan baik, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, DSP Mohd Isa Bin Yusuf telah membenarkan saya dan rakan2 untuk meneruskan misi kami tanpa halangan.
Gambar (2) Kami telah memulakan misi kami dari Tamu Pekan Kota Marudu dengan aman tanpa sebarang rusuhan. Apapun, polis sentiasa mengawasi pergerakan orang ramai dengan terkawal dan sangat profesional.
Gambar (3) Kelihatan sebahagian besar rakyat Kota Marudu yang hadir pada hari ini telah menyertai dan menyokong misi kami secara spontan tanpa paksaan dan menampakkan seolah2 warga Kota Marudu sudah sedar dan inginkan satu perubahan yang drastik.
Akhir sekali, saya bagi pihak rakan2 seperjuangan, mengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh warga Kota Marudu yang telah memberi sokongan dalam menjayakan misi kami. Tidak lupa, tabik saya khususnya anggota PDRM terutama sekali buat DSP Mohd Isa, kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang misi kami berlangsung. Terima kasih daun keladi, panjang umur kami buat lagi. Inikalilah dengan permit sekali!
http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=16594%3Anorikoh-nasib-malangmu-tetap-dibela&catid=66%3Asurat-pembaca&Itemid=72..
沒有留言:
張貼留言