2012年12月13日 星期四

[MALAYSIA AGREEMENT 1963 (PERJANJIAN MALAYSIA 1963)] ARAH MANA KAH PERJUANGAN PKR ?

ARAH MANA KAH PERJUANGAN PKR ? Tindakan PKR...
Hendry Minar 2012年12月14日 10:05
ARAH MANA KAH PERJUANGAN PKR ?

Tindakan PKR sama ada ia sedari atau tidak dengan bertanding di SABAH juga bermain sentimen rakyat Sabah dengan memancing beberapa pemimpin dan party2 tempatan dapat disimpulkan seperti berikut:

1.0 Akan memesongkan pemikiran rakyat Sabah sehingga tidak menyokong perjuangan Parti tempatan yang mahukan kuasa autonomi sebaliknya PKR menjadi kuasa kedua kepada UMNO untuk menguasai Sabah.

2.0 Pengundi2 dipendalaman terutama sekali dalam kawasan KDM dan Bumiputra Muslim, jelas sebilangan besar terpengaruh dengan dakyah yang mereka sebarkan ini melalui janji2 mereka kepada rakyat sabah.

Akibatnya, Parti tempatan Borneo yang sepatutnya membawa perubahan dengan menubuh kerajaan baru disabah untuk menuntut kuasa autonomi sebagai 1dalam 3 negara membentuk Malaysia akan gagal disebab perkara2 berikut:

1.0 Perpecahan undi diKawasan2 KDM dan Bumiputra Muslim kerana termakan hasutan PKR menyebabkan kekalahan Parti tempatan yang memperjuangkan hak sabah dan sarawak ditangan UMNOBN, kawasan yang sepatutnya menjadi milk parti borneo atau STAR UBA.

2.0 Sabah tetap kekal sebagai "Fixed-Deposit" UMNO/BN kerana sikap degil PKR mahu bertanding disabah dan mungkin dikesemua kawasan pilihanraya, ini memberi kemenangan mutlak kepada UMNO/BN sekali lagi, dimana harapan 1 lawan 1 tidak menjadi realiti

3.0 Pengaruh terlalu inginkan putrajaya dan beberapa agenda tersembunyi berkemungkinan menyebabkan kekalahan teruk Parti tempatan Borneo bukan saja diSabah tetapi diSarawak juga dan ini akan menyebabkan sabah bakal kehilangan kuasa untuk menuntut kuasa autonomi seperti yang diperjuangkan oleh STAR UBA disebabkan ketamakan PKR yang ingin menguasai Sabah juga Sarawak seperti UMNOBN.

4.0 Akhirnya PKR kecundang bersama parti Borneo STAR UBA dalam PRU-13 nanti, dan UMNO/BN terus memerintah.

PERSOALANNYA:

a. Sejauh mana kah BUKU JINGGA agenda PKR yang mereka laung2kan dapat ia laksanankan, diantaranya mentadbir Sabah dengan baik berlandaskan perjanjian Malaysia 1963 dan PERKARA 20 untuk rakyat Sabah, mengembalikan segala harta kekayaan Sabah, mengatasi masaalah PTI, dan lain lain?

b. Anggap lah PKR memperolihi kemenangan besar nanti dan memerintah Sabah seperti yang ia mimpikan, manakala UMNO/BN masih kekal sebagai kerajaan diperingkat Persekutuan, apa kah permasaalahan utama rakyat Sabah iaitu pendatang haram atau PTI juga Hasil Bumi Sabah, PKR mampu menyelesaikannya sedangkan dengan gabungan pemimpin2 Borneo STAR UBA serta desakan seluruh rakyat sabah dan kerajaan Persekutuan tidak hiraukan sama sekali?

c. Sebaliknya, jika ia cuma mampu memperolihi 1-2 kerusi sahaja, ada kah ia akan bertahan sebagai pembangkang atau melompat mengikut kerajaan UMNO/BN ?

d. Ataupun dalam senario ini kemenangan atau kekalahan bukan dijadikan ukuran, tetapi jelas membuktikan bahawa peranan PKR hanya agen perosak undi untuk mempastikan kegagalan STAR UBA menjatuhkan regim UMNO/BN seterusnaya membolehkan UMNO/BN terus menguasai semua hasil ekonomi sabah termasuk jawatan-jawatan dalam kerajaan sabah atau PKR juga adalah UNMO/BN II ?

Semoga rakyat Sabah dapat memikirkan dan merungkai persoalan2 diatas untuk mencari jalan terbaik menghadapai PRU-13 nanti demi masa depan bersama.

SALAM INI KALI LAH…

查看 Facebook 上的貼文 · 編輯電郵通知設定 · 回覆此電子郵件發表回應。

沒有留言:

張貼留言