 | ARAH MANA KAH PERJUANGAN STAR? Tindakan STAR sama ada ia sedari atau tidak dengan mengapi apikan sentimen kebencian rakyat Sabah kepada party2 daripada Semenanjung dapat disimpulkan seperti berikut: 1.0 Akan memesongkan pemikiran rakyat Sabah sehingga tidak menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) 2.0 Pengundi2 dipendalaman terutama sekali dalam kawasan KDM, jelas sebilangan besar terpengaruh dengan dakyah yang mereka sebarkan ini. Akibatnya, PR yang sepatutnya membawa perubahan dengan menubuh kerajaan baru akan gagal disebab perkara2 berikut: 1.0 Perpecahan undi diKawasan2 KDM kerana termakan hasutan STAR menyebabkan kekalahan PR ditangan BN, kawasan yang sepatutnya menjadi milek PR 2.0 Sabah tetap kekal sebagai "Fixed-Deposit" UMNO/BN kerana sikap degil STAR mahu bertanding dikesemua kawasan pilihanraya memberi kemenangan mutlak kepada UMNO/BN sekali lagi, dimana harapan 1 lawan 1 tidak menjadi realiti 3.0 Pengaruh sentimen kebencian terhadap party2 dari Semenanjung yang berkemungkinan menyebabkan kekalahan teruk PR bukan saja diSabah tetapi diSarawak juga 4.0 Akhirnya STAR kecundang bersama PR dalam PRU-13 nanti, dan UMNO/BN terus memerintah. PERSOALANNYA: a. Sejauh mana kah 7 agenda STAR yang mereka laung2kan dapat ia laksanankan, diantaranya mentadbir Sabah 100% terdiri daripada rakyat Sabah, mengurus sendiri segala harta kekayaan Sabah, mengatasi masaalah PTI, dan lain lain? b. Anggap lah STAR memperolihi kemenangan besar nanti dan memerintah Sabah seperti yang ia mimpikan, manakala UMNO/BN masih kekal sebagai kerajaan diperingkat Persekutuan, apa kah permasaalahan utama rakyat Sabah ia itu pendatang haram atau PTI, STAR mampu menyelesaikannya sedangkan dengan gabungan pemimpin2 PR serta desakan seluruh rakyat kerajaan Persekutuan tidak hiraukan sama sekali? c. Sebaliknya, jika ia cuma mampu memperolihi 1-2 kerusi sahaja, ada kah ia akan bertahan sebagai pembangkang atau melompat mengikut kerajaan UMNO/BN? d. Atau pun dalam senario ini kemenangan atau kekalahan bukan dijadikan ukuran, tetapi jelas memboktikan bahawa peranan STAR hanya agen perosak undi untuk mempastikan kegagalan PR menjatuhkan regim UMNO/BN? Semoga rakyat Sabah dapat memikirkan dan merongkai persoalan2 diatas untuk mencari jalan terbaik menghadapai PRU-13 nanti demi masa depan bersama. By: Sylvester Daniel |
沒有留言:
張貼留言