 | Selamat Tahun Baru 2013 semua pada Rakyat Sabah yang dikasihi. Sekali lagi saya mencabar DDJK untuk menyaman saya bila bila masa sekiranya dia benar benar Pemimpin yang berani dan jujur dan bukan agen BN yang mendapat bayaran paling murah di dunia. 1. DDJK adalah agen BN untuk hancurkan KDM :- Dia sebenarnya telah dijanjikan $$ dan Jawatan sekiranya dia dapat membantu BN dalam mengekalkan kuasa BN melalui peranannya untuk memecahbelahkan undi Pembangkang. (Tuduhan 100 juta itu hanya dibuat buat oleh DDJK sendiri dan anak anak Katak DDJK yang berbayar) tuduhan itu bukan dari PR tapi dari STAR sendiri untuk mengaburi Rakyat Sabah. 2. DDJK takut pada Batu sumpah dan Sumpah TAAT sama rakyat Sabah untuk tidak lompat masuk BN ( DDJK akan merancang segala teknik untuk membolehkan dia melompat masuk BN lepas PRU 13 untuk hancurkan KDM) tunggu saja lakonan Katak..Raja Katak ini. 3. DDJK mendapat Sponsor dari PBS dan juga UMNO. Guru guru Pendidikan seramai 520 orang adalah upahan Muyidin untuk berlakon dalam STAR dan diberi elaun Khas di Pedalaman untuk memastikan penyokong pembangkang lain berpecah. 4. DDJK ditangkap ISA bukan pasal 20 Perkara atau apa apa perjuangannya untuk hak hak sabah tetapi kerana terlibat sebagai Pengarah YS semasa cuai mentadbir atau mensabotaj YS, sehingga YS kehilangan 4 Billion RM. 5. DDJK telah mengambil peranan paling hina dalam sejarah sabah pada PRU 13 ini untuk menghancurkan KDM "once for all" untuk memastikan tiada apa apa lagi KDM boleh buat selepas ini terutama berkaitan dengan penipuan penjualan minyak sabah oleh si Pairin sebagai Saksi. Ini adalah cabaran saya terhadap DDJK semasa berada di Kg. Kitou melalui saksi ramai kawan kawan dan Video semasa berucap MENCABAR kepada sesiapa yang mendengar mengatakan bahawa beliau adalah agen BN dan Takut membuat Batu sumpah dan Taat setia pada rakyat sabah untuk tidak lompat masuk BN untuk hancurkan KDM. Oleh itu Saya Valarie KJ dengan ini bersumpah diatas kenyataan saya bahawa DDJK adalah agen BN dan takut Batu sumpah dan surat sumpah TAAT sama Rakyat Sabah untuk tidak lompat masuk BN lepas saja PRU 13, kiranya DDJK dapat merompak undi KDM. So saya minta DDJK segera bertindak menyaman saya dan jangan jadi pembohong besar, hanya gertak sabun katak. Konon dia mahu saman saya untuk pengajaran????? Kalau DDJK berani dan betul2 berani maka samanlah saya, saya akan bagi Pengajaran sama dia pula. Tapi percayalah Raja katak hanya berani bercakap bohong. |
沒有留言:
張貼留言