 | Setelah John Charles Mitah Mikat dan Pathlyn Leosie Mikat di perintah untuk menghadiri penyiasatan dibawah Sek. 111 Kanun Prosedur Jenayah (CAP 6) [berkaitan kes Norikoh] pada 17.12.2012 (Isnin) dan tiba di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Marudu, 15 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan iaitu jam 4:00 petang. Akhirnya apa yang tersurat dan tersirat selama ini semuanya sudah diperjelaskan kepada Pegawai Penyiasat yang dikendalikan oleh Insp. Mohd Zulkairi. Pihak PDRM Kota Marudu mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian dan kerjasama yang kami (Saya dan Pathlyn) berikan semasa soal jawab berjalan selama 3 jam (bermula dari 3:45pm - 6:15pm). Dalam hal yang sama, Insp. Mohd Zulkairi juga telah memberithu saya bahawa si tertuduh empunya Kedai Kerachi (Pakistan) akan didakwa di mahkamah secepat mungkin. Menurutnya, polis agak serius mengendalikan kes Norikoh. Menyentuh tentang upacara "In Remembrance And Justice For Adik Norikoh" di Pekan Kota Marudu yang ke 14 hari jatuh pada 9 Disember 2012, Ahad lalu. Walaupun, undang2 tidak membenarkan kami berbuat demikian (disebabkan tidak ada memohon permit dari polis terlebih dahulu) namun setelah berbincang dan mengambil kira atas dasar perikemanusiaan maka Ketua Polis Daerah Kota Marudu, DSP Mohd Isa Bin Yusuf telah membenarkan saya dan rakan2 seperjuangan (seramai 13 orang) meneruskan perjuangan kami tanpa halangan dan ganguan/sebarang rusuhan yang tidak dikehendaki. Mesej kami adalah jelas iaitu untuk memberi kesedaran kepada Ibu/Bapa dan anak2 wanita muda agar sentiasa berjaga2 dan jangan sesekali terpedaya dengan pujukan orang yang tidak dikenali terutama sekali PATI/PTI. Inilah akibatnya bila lambakan PATI/PTI di Sabah seolah2 kerajaan BN mengiakan sangat kedatangan mereka sehingga sanggup memberikan status kepada mereka (PATI/PTI), untuk mendapatkan hak2 seperti bumiputra asli Sabah dan menyebabkan keselesahan/keselamatan orang Sabah tidak lagi terjamin dan semakin terancam. Mesej ini ditujukan bukan sahaja kepada warga Kota Marudu malahan kepada rakyat di seluruh Sabah amnya. Kepada semua kakitangan PDRM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kawalan keselamatan yang begitu rapi sekali, saya bagi pihak rakyat Kota Marudu ingin merakamkan setinggi2 penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak polis terutama sekali DSP Mohd Isa... Apapun, saya telah menjelaskan kepada pihak polis sekiranya kes Norikoh ini terlepas daripada tuduhan maka kami sudah bersedia untuk membantu memberi pembelaan keatas keluarga si mangsa agar si tertuduh dapat dihukum setimpal dengan perbuatan kejamnya menyebabkan Norikoh mati sebelum ajalnya. |
沒有留言:
張貼留言